Doa Murah Rezeki Hassan Al-Basri

Berdoa dan berzikir sebagai amalan dalam mencari rezeki telah dikisahkan dalam satu riwayat seorang ulama cendekiawan bernama Hassan Al-Basri. Oleh kerana kealiman dan kebijaksanaannya, beliau sering diminta pendapat oleh orang ramai untuk menyelesaikan masalah.

—————————————————————————————-
Pada suatu hari, seorang lelaki dalam keadaan bersedih datang berjumpa Hassan Al-Basri lalu menceritakan masalahnya “Cuaca terlalu panas. Hujan tidak turun. Tanaman saya banyak yang mati. Lalu Hassan Al-Basri memintanya supaya memperbanyakkan beristighfar kepada Allah. Lelaki itu pun beredar.

Selang beberapa hari, datang pula lelaki lain bertemu Hassan Al-Basri “Saya menderita kemiskinan. Apa yang perlu saya lakukan?” Mendengarkan rintihan itu, Hassan Al-Basri memintanya supaya memperbanyakkan istighfar kepada Allah. Maka, lelaki itu pun pulang ke rumahnya.

Kemudian datang pula seorang lelaki mengadu masalahnya, “Tuan, isteri saya mandul dan tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya”. Hassan Al-Basri bersimpati dengan lelaki itu lalu berkata “Banyakkanlah isthighfar, moga-moga masalah kamu akan selesai.” Lelaki itu pun kembali ke rumahnya.

Para sahabat yang sering bersama Hassan Al-Basri berasa hairan dengan nasihat yang diberikan oleh beliau. Setiap kali orang datang mengadu masalah, Hassan Al-Basri hanya memberikan jawapan yang sama iaitu meminta mereka memperbanyakkan amalan isthighfar memohon ampun kepada Allah.

Bagi mendapat kepastian, mereka bertanyakan hal itu kepada Hassan Al-Basri “Kenapa tuan memberikan nasihat yang sama saja kepada mereka sedangkan masalah mereka berbeza-beza. ” Beliau menjelas, “Tidakkah tuan-tuan pernah mendengar firman Allah dalam Al-Quran :

Maka aku (Nabi Nuh a.s.) berkata kepada mereka (kaumnya) : “Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun. Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula untukmu sungai-sungai. Mengapa kamu tidak percaya pada kebesaran Allah?”

(Surah Nuh : Ayat 10-13).

http://www.facebook.com/topic.php?uid=52528994946&topic=16955

About naziza

work in the dark to serve the light
This entry was posted in hassan al basri, murabbi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s