Harta Salman Al-Farisi

Salman Al-Farisi ini adalah gabenor Kufah. Suatu hari sahabat Rasulullah ini menangis.

“Wahai tuan, kenapa tuan menangis?.”

“Sesungguhnya aku teringat pesan Rasulullah : Hendaklah kamu mengambil bekalan dari dunia ini seperti bekalan orang yang bermusafir,” jawab Salman.

Termenung yang lain mendengar.

“Sedangkan kita sudah mengambil seluruh dunia ini berserta isinya,” sambung Salman lagi.

Salman Al Farisi tidak semberono dalam berkata-kata, penduduk Kufah kehairanan dan kasihan melihat gabenor mereka yang sangat sederhana. Sehingga diceritakan Salman hanya memiliki tiga harta sahaja. Sebatang tongkat untuk dibawa berjalan, sehelai serban besar yang digunakan sebagai hamparan tetamu dan sebiji cawan besar bagi kegunaan minum, berwuduk dan lain-lain.

Begitupun Salman al Farisi berkata, “Aku bimbang, bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah s.w.t. terhadap tiga benda yang aku miliki ini?”.

Subhanallah, zuhudnya sahabat Rasul ini. Dengan kuasa sebagai gabenor, peluang memiliki kekayaan terbuka luas. Namun, semua itu tidak menarik lagi. Mata hatinya bukan lagi cintakan harta, tetapi cintakan akhirat yang kekal abadi.

http://www.ahmadfuad.com/peribadi/apa-yang-kau-cari/

About naziza

work in the dark to serve the light
This entry was posted in murabbi, salman al farisi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s