Dosa Riba : Ibadat tidak diterima Allah

http://attazkirah.wordpress.com/2009/05/17/dosa-riba-ibadat-tidak-diterima-allah/
Hiasan

Antara maksud riba ialah sebarang tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh.

Ia meliputi riba yang terhasil dari jualbeli barangan dan juga meliputi riba yang  terhasil dari hutang.

Riba terbahagi kepada tiga mengikut Mazhab Hanbali, Maliki dan Hanafi iaitu riba al-fadl, riba an-nasi’ah dan riba al-yad.

Memakan harta riba bukan hanya bermaksud mengambil riba, bahkan menjadi saksi, mengurus perjanjian, meluluskannya bahkan semua yang berkaitan  untuk menjayakannya. Pada hari ini, dunia semakin dikelabui dengan harta-harta perolehan riba, misalnya dalam perbankan konvensional (kad kredit, akaun simpanan, fix deposit, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman komputer, pembiayaan peribadi, insurans dan lain-lain lagi). Di dalam jual beli ansuran dengan faedah, perniagaan MLM piramid yang statusnya diragui keharusan dan kehalalannya, pelaburan saham yang dijanjikan dividen tetap mengikut masa yang ditetapkan dan sebagainya.

Riba tergolong dalam dosa besar yang tidak diampunkan Allah jika tidak bertaubat. Bahkan semua perkara ibadat tidak diterima Allah Taala. Ibadat bukan hanya terfokus kepada ibadat khusus sahaja, kerana kita manusia adalah bersifat “abid” maksudnya hamba kepada Allah, dan kita hidup di dunia sementara ini sepatutnya sehari suntuk melakukan ibadat, bukan sahaja solat, sedekah, membaca Quran tetapi dari bangun tidur kita sudah disuruh berdoa dan hendak tidurpun kita disuruh berdoa. Semuanya ibadat jika cukup syarat-syaratnya.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-An’am ;

Maksudnya :

[162] Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. “

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : 278 yang bermaksud :

[278] “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.

[279] Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Dalam ayat ini menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil serta tidak meninggalkan “saki baki riba” dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah dan Rasullullah s.a.w.

Ayat ini juga menjelaskan bahawa apa-apa kebaikan dan kebajikan termasuk ibadat yang dilakukan seseorang tidak akan diterima Allah kerana kemurkaan-Nya sepanjang seseorang melibatkan diri ke dalam dosa riba.

Hadis riwayat Ibn Abbas ini membuktikan :

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “ Tidak diterima daripada pemakan riba akan sedekahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya.”

Gambaran dosa pengambil riba ini di Padang Mahsyar, dalam Al-Quran disebutkan ; “ Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat “ ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah!..”.

Imam Abu Hanifah berkata : “Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan”. Imam Qatadah juga berkata : “Allah menjanjikan ahli riba dengan hukuman bunuh dan akan mendapatkannya di mana saja mereka berada”.

Pendeknya, bersihkanlah kehidupan kita daripada harta-harta hasilan riba yang dilaknat ini. Ingatlah, jika kereta dengan pinjaman riba ia akan jadi kereta kebal untuk berperang dengan Allah dan Rasul-Nya. Jika rumah pinjaman riba, jadilah rumah itu sebagai kubu memerangi Allah dan Rasul-Nya. Dan seterusnya…semua hartabenda menjadi alat peperangan dengan Allah dan Rasul-Nya. Sedarilah dan hindarilah dosa besar ini sebagaimana ia digambarkan dosanya lebih dahsyat daripada 36 kali zina. Ingatlah dosa zinapun sudahlah sangat berat, hayatilah maksud hadis yang bermaksud :

“Satu dirham riba yang dimakan oleh seseorang dalam keadaan ia mengetahuinya ia lebih buruk daripada berzina 36 kali”
(Hadis riwayat Ahmad dan Ad Dar Qutni)

Semoga mendapat peringatan. Ingatkanlah aku ya Allah dan  saudara-saudaraku…kematian itu amat dekat….sempatkah kita bertaubat, hutang perabut di Pasaraya XX selama 3 tahun belum habis…, begitupun pinjaman peribadi bukan islamic, umur pencen baru langsai? Ingatlah Malaikat Izrael hanya menunggu perintah Allah untuk mengambil nyawa sesiapa saja… sedang ibadat-ibadat selama ini adakah Tuhanku menerima? Ya Allah tunjukkan aku jika ia masih ada…

About naziza

work in the dark to serve the light
This entry was posted in Muhasabah Diri. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s