Qiamulail #01

  1. Solat Sunat Tahjud sebanyak 6 rakaat. Baca secara perlahan lahan dan tidak tergopoh gapah. Ia akan mengambil masa sekitar 30 minit untuk solat 6 rakaat ini.
  2. Berdoa sekitar 30 minit.
  3. Solat Sunat Taubat & Solat Sunat Hajat. Kemudian berdoa lagi memohon ampun kepada Allah dan meminta apa yang dihajatkan kepada Nya.
  4. Selepas itu, baca Al Quran dan Solat Sunat Witir.

Prof membacakan sebuah hadis Qudsi yang bermaksud.

Allah turun ke langit dunia, ketika satu pertiga malam masih tersisa. Allah menyeru: Adakah antara hambaku yang mahu berdoa kepadaku supaya aku mengkabulkan permintaannya? Adakah antara hambaku yang meminta ampun kepadaku supaya aku mengampunkannya? Adakah antara hambaku yang meminta kepadaku supaya aku memenuhinya?

Hadis ini amat mudah. Tapi kesannya amat kuat dihati saya.

Setiap malam, kalau saya terasa seolah olah ‘malas‘ untuk bangun. Bila teringat hadis ini. Saya terasa Allah sedang ‘menunggu’ saya untuk saya bangun menunaikan solat. Mana mungkin saya ‘tak bangun’ bila saya membayangkan Allah sedang ‘menunggu’ saya memohon doa kepada Nya.

Setiap malam, selepas membersihkan diri, sebelum saya memulakan solat, saya memandang ke hadapan. Saya akan ‘terasa’  seolah olah, Allah ada berada di hadapan saya. Saya ‘terasa’ seolah olah Allah sedang memerhatikan saya sedang bersolat. Saya ‘terasa’ Allah sedang menunggu saya untuk berdoa kepada Nya.

Saya terasa seolah olah Allah berkata kepada saya, “Firdaus, mintalah daripada Aku apa yang kamu mahukan. Aku akan perkenankan

Ini hanya perasaan dihati saya. Bagi saya, perasaan ini anugerah yang Allah berikan kepada saya. Syukur pada Nya atas nikmat ini.

Pada waktu ini, saya benar benar terasa Allah ada bersama saya. Jadi, apabila saya meminta, ia lebih khusyuk kerana saya membayangkan Allah berada dihadapan saya

Ia perasaan yang sukar saya gambarkan. Ia perasaan yang tidak pernah saya alami sebelum ini. Dan saya amat bersyukur apabila Allah menganugerahkan perasaan ini kepada saya.

Syukur Alhamdulillah.

Apa Yang Saya Lakukan

i) Solat Tahjud

Sekarang ini, apabila saya bangun. Saya akan mulakan dengan melakukan solat sunat Tahjud. Ia hanya dua rakaat. Jika saya mahu berdoa panjang, saya akan membaca ayat ayat ringkas dalam solat. Jika saya mahu berdoa ringkas, saya akan membaca ayat ayat panjang dalam solat.


* Nota : Allah menyukai sunat solat dua rakaat yang dibaca surah yang panjang berbanding solat banyak rakaat yang dibaca surah pendek pendek. Kepada pembaca yang alim dan bijak, betulkan saya jika saya salah dalam hal ini.

Maka, saya menyeimbangkan keduanya. Ada hari, saya baca surah-surah panjang dan berdoa ringkas. Ada hari saya baca surah-surah pendek dan doa panjang. 

Selepas selesai Solat  Sunat Tahjud. Saya akan melakukan Sujud Syukur.

Semasa sujud syukur, ini adalah doa yang saya baca.


“Ya Allah, aku bersyukur pada Mu. Kau telah mengizinkan aku untuk bangun melakukan Qiamullail pada malam ini ketika mana orang lain sedang nyenyak tidur. Aku bersyukur pada Mu ya Allah. Ya Allah, aku bersyukur atas segala nikmat yang telah Kau berikan kepadaku. Jadikanlah aku hamba Mu yang bersyukur “

Saya pasti melakukan Sujud Syukur. Mengapa?

Kerana Allah pilih saya untuk bangun melakukan Qiamullail. Tak semua orang Allah pilih untuk melakukan ibadah ini. Ia sesuatu yang perlu disyukuri.

Prof Kamil menasihatkan saya untuk selalu melakukan sujud syukur walaupun untuk perkara perkara yang kecil.

Sujud syukur adalah salah satu cara untuk saya menunjukkan kesyukuran saya kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan kepada saya.

Ummat akhir zaman ini. Sedikit benar yang termasuk dalam golongan hamba yang bersyukur. Saya mahu termasuk ke dalam golongan yang sedikit itu.

Selesai sujud syukur, saya akan berdoa kepada Allah. Ini adalah doa yang saya baca.


Ya Allah, ampunkanlah dosa ku, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku, dosa ahli keluarga ku, dosa nenek moyangku, dosa saudara mara ku dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat. 


Ya Allah, aku mohon pada Mu. Permudahkanlah aku untuk melakukan Qiamullail setiap malam. Gerakkanlah hatiku untuk melakukannya semata mata kerana Mu ya Allah. Permudahkanlah aku untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Dorongkanlah hati ku untuk rajin bersedekah. Dorongkanlah aku untuk melakukan solat sunat Dhuha setiap hari. 


Ya Allah, dorongkanlah hatiku dan hati ahli keluarga ku untuk melakukan amal ibadah yang boleh mendekatkan diri kami kepada Mu. Dorongkanlah hati kami untuk melakukan amal ibadah yang boleh membawa kami ke syurga Mu. Jauhkanlah kami daripada melakukan amalan amalan yang membawa kami ke neraka Mu. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga Mu dengan Rahmat Mu.

ii) Solat Taubat

Selesai berdoa, saya akan terus melakukan Solat Sunat Taubat. Bagi saya ia amalan yang WAJIB saya lakukan setiap hari.

Dahulu, saya hanya lakukan solat sunat Taubat sekali sekala. Dahulu, ia hanya dilakukan sebulan sekali. Itupun, kalau saya teringat nak lakukannya. Jika tidak, mungkin sekali dalam dua tiga bulan.

Sekarang, saya mahu lakukan Solat Sunat Taubat setiap hari. Ya, kalau boleh. Setiap hari. Saya mahu memohon ampun kepada Allah setiap hari. Memohon yang sebenar benarnya.

Dan saya mahu memohon kepada Allah pada waktu yang penuh keberkatan. Iaitu, disepertiga malam yang tersisa.

Bukankah pada waktu ini Allah turun di langit bumi. Dan Allah mencari hamba Nya yang mahu bertaubat agar Dia boleh mengampunkan.

Ya, saya mahu bertaubat kepada Nya pada waktu ini.

Saya mahu, saya mati dalam keadaan saya bersedia untuk bertemu dengan Allah. Saya mahu saya mati dalam keadaan saya suka bertemu dengan Allah dan Allah suka bertemu dengan saya. Saya mahu mati dalam keadaan saya sudah bertaubat kepada Nya.

Itu yang saya mahukan.

Saya mahu menjadi insan insan yang terpilih. Saya mahu masukkan ke dalam syurga tanpa di hisab.

Saya sudah menyaksikan ramai sahabat saya yang meninggal pada usia yang muda. Ada yang meninggal dunia tanpa ‘sebarang amaran‘ dari Allah. Ada sahabat yang meninggal akibat kemalangan jalan raya. Ada sahabat yang meninggal akibat penyakit jantung.

Jika ia boleh berlaku kepada mereka. Ia boleh berlaku kepada saya. Sebab itulah saya perlu melakukan Solat Sunat Taubat setiap hari.

Sekarang, selepas menunaikan Solat Sunat Taubat setiap malam. Saya ‘terasa lebih bersedia’ untuk mati berbanding dahulu.

Saya akui, banyak lagi amalan yang saya perlukan. Namun, sekurang kurangnya. Ini yang termampu saya lakukan setakat ini.

Selepas Solat Sunat Taubat, saya akan berdoa kepada Allah.


“Ya Allah, ampunkanlah dosa ku sekiranya aku ada melakukan syirik kepada Mu. Jika ia berlaku, ia bukan di atas kemahuanku, tetapi ia berlaku atas kejahilanku. Ampunkanlah dosa syirikku.”

“Ya Allah, ampunkanlah aku jika aku ada berlaku riya’ dalam amalan ku. Ampunkanlah aku jika ada perasaan ujub dalam diriku. Ampunkan lah dosa-dosa ku ini ya Allah”

Bagi saya, kedua-dua doa ini amat penting. Ia teramat penting untuk saya baca. Ia boleh menentukan sama ada saya ke syurga atau ke neraka.

Prof Kamil menceritakan kepada saya, Allah boleh mengampunkan semua dosa hamba hamba Nya, kecuali dosa syirik.

Dan, dalam kehidupan kita masyarakat Melayu hari ini. Banyak terdedah dengan amalan amalan syirik ‘khafi’. Banyak contoh yang boleh diberikan. Misalnya, berjumpa bomoh untuk memohon sesuatu hajat, kita kata ubat sebagai punca sakit kita sembuh dan bermacam macam lagi.

Saya takut, kalau kalau saya ada terbuat sesuatu yang syirik. Dan jika saya tak mohon ampun daripada Allah dosa ini, dan jika Allah tak ampunkan dosa ini. Tiada pilihan lain. Tempat saya di neraka.

Saya tak mahu begitu. Saya perlu memohon ampun kepada Allah dosa syirik ini.

Begitu juga dengan dosa riya’ dan ujub.

Riya’ adalah apabila saya melakukan sesuatu amalan seolah olah saya mahu menunjuk nunjuk kepada orang lain. Seolah olah saya bagus. Ini yang saya takutkan. Terutama bila saya menaip di blog ini. Terlalu banyak amalan yang saya lakukan saya ceritakan kepada orang lain. Saya takut, kalau kalau terdetik dihati saya perasaan riya’ yang mana ia akan menghapuskan segala pahala amalan yang saya lakukan.

Saya mohon ampun kepada Allah. Semoga saya tidak begitu.

Ujub pula adalah perasaan ‘budget bagus’ dalam diri. Kita rasa kita bagus. Orang lain tak bagus. Allah Allah. Saya amat takut kalau dalam diri saya ada perasaan ini.

Sebab itulah saya perlu memohon ampun kepada  Allah setiap hari. Mohon ampun dosa syirik, dosa riya’ dan dosa ujub. Takut takut kalau ia ada di hati saya. Nauzubillah.

Seterusnya saya membaca doa doa ini.

Ya Allah, aku mohon pada Mu, ampunkanlah segala dosa yang pernah aku lakukan. Sama ada dosa itu kecil atau dosa itu besar. Dosa yang aku sengajakan, atau dosa yang tidak aku sengajakan. Dosa yang aku ketahui atau dosa yang tidak aku ketahui. Ampunkanlah segala dosa dosa ku ya Allah.


Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku, dosa ahli keluarga ku, dosa nenek moyang ku dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Seterusnya, saya akan bermunajat kepada Allah.

Sekarang saya sudah tahu, air mata orang yang menangis kerana takutkan Allah dalam memohon ampun kepada Nya akan menjadi PEMADAM API NERAKA di akhirat kelak. Kalau tak silap saya, saya pernah dengan kalau kita tak boleh menangis, kita disuruh untuk ‘buat buat’ menangis.

Ia amat penting. Biarlah dalam hidup kita. Kita selalu menangis kerana takutkan Allah. Air mata itu akan ‘menyelamatkan’ kita daripada di bakar di api neraka kelak. Nauzubillah.

Semoga saya termasuk dalam golongan insan terpilih dan tak perlu ke neraka walaupun sesaat.

Dahulu, sukar sungguh untuk saya menangis kerana takutkan Allah. Saya tak tahu kenapa saya perlu menangis dan apa pentingnya saya menangis.

Saya Perlu Menangis

Alhamdulillah, selepas mengetahui fadhilatnya, selepas mengetahui caranya. Ia tidaklah sukar untuk dilakukan. Walaupun saya tahu, hati saya ini sebenarnya agak keras.

Saya dah cuba pelbagai cara. Berdasarkan pengalaman saya, cara yang paling mudah untuk saya mengeluarkan air mata adalah dengan menyanyikan lagu Raihan – I’tiraf.

Dan jika saya mahu mempercepatkan pengeluaran air mata, saya pasangkan lagu I’tiraf ini di telefon saya. Kemudian, saya dengar melalui earphone.

Bagi saya ia yang paling mudah. Ini berdasarkan pengalaman saya. Jika saya mendengar melalui earphone, saya akan lebih mudah untuk fokus. Dan keseluruhan hati, jiwa dan perasaan saya saya fokuskan kepada lirik nasyid ini.

Dan ia amat bertepatan dengan keadaan kehidupan saya.

Raihan – I’tiraf

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(arabic verse)
Ila hilas tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa a’lannaril jahim
Fahabblitau batau waghfir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu

Saya tak tahu sama ada anda pernah melakukannya atau tidak.

Tapi, berdasarkan pengalaman saya. Bila saya mendengar lagu ini, seorang diri, di waktu malam, dalam keadaan hanya saya dengan Allah. Air mata akan mudah mengalir.

Ini kerana saya akan terbayang setiap bait dalam lirik lagu itu dan kemudian membayangkan diri saya mengharapkan perkara yang sama.

Dan ayat terakhir sekali dalam nasyid ini, KAMILAH HAMBA YANG MENGHARAP BELAS DARI MU benar benar menyentuh perasaan saya.

Saya terasa saya sebagai hamba Allah yang benar benar sedang mengharap belas kasihan daripada Allah. Allah Allah. Ia perasaan yang sukar saya gambarkan dengan kata kata.

Anda perlu lakukannya sendiri dan alamilah. Ia perasaan yang sukar diceritakan. Semoga Allah mencampakkan perasaan yang sama kepada kita semua. Amin.

Solat Istikharah

Selepas menunaikan Solat Sunat Taubat, saya akan melakukan Solat Sunat Istikharah.

Pasti ada yang tertanya tanya kenapa saya lakukan Solat Istikharah setiap hari? Apa pilihan yang saya hendak buat setiap hari?

Begini, saya pernah terdengar dalam ceramah Prof Muhaya, beliau menasihatkan agara kita untuk melakukan Solat Istikharah setiap hari.

Mengapa?

Kerana, setiap hari dalam kehidupan kita. Kita perlu membuat keputusan. Kita perlu membuat pilihan. Dan kita mahu, pilihan yang kita buat adalah pilihan yang terbaik untuk kita. Kita tak mahu tersalah membuat keputusan.

Kita mahu, setiap kali kita buat keputusan, biarlah Allah bersama kita dalam membuat keputusan.

Maka, selepas Solat Sunat Istikharah, saya akan berdoa sebegini:


Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon kepada Mu, aku mohon petunjuk daripada Mu. Ya Allah, setiap hari dalam kehidupan ku, aku akan membuat keputusan. Aku akan membuat pilihan. Aku mohon kepada Mu, biarlah aku memilih untuk membuat keputusan yang betul. Keputusan yang terbaik untuk kehidupan ku pada masa kini dan masa akan datang dan untuk kehidupan ku di dunia dan diakhriat. 


Ya Allah, aku mahu Engkau bersamaku setiap kali aku membuat keputusan. Biarlah keputusan aku itu sebenarnya keputusan daripada Kau. Kau ilhamkanlah aku untuk membuat keputusan yang terbaik untuk hidup ku. Janganlah Kau biarkan aku tersalah dalam membuat keputusan yang boleh mendatangkan kemudaratan dalam hidupku.


Bantulah aku ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui.


Apa kesannya dalam hidup saya?

Sekarang ini, saya terasa lebih aman.

Mengapa?

Kerana jauh dilubuk hati saya, saya terasa Allah bersama saya setiap kali saya membuat keputusan. Dan bila saya yakin, Allah bersama saya apabila saya membuat keputusan, saya lebih mudah untuk redha dengan ketentuan Allah selepas itu.

Alhamdulillah. Hidup saya lebih tenang. Dan saya tak rasa menyesal dengan keputusan yang saya buat kerana saya yakin Allah bersama saya. Semoga ia begitu.

Solat Hajat

Selesai Solat Sunat Istikharah, saya akan melakukan Solat Sunat Hajat. Dan selepas itu, saya akan berdoa kepada Allah.

Doa untuk solat hajat saya ini berubah ubah. Mengikut keadaan dan kesesuaian. Ia bergantung kepada hajat saya pada waktu itu.

Umumnya, begini doa yang saya baca.

Ya Allah, aku mohon kepada Mu permudahkanlah segala urusanku dalam kehidupanku di dunia dan di akhirat. 


Ya Allah, jadikanlah aku anak yang soleh. Jadikanlah aku suami yang soleh. Jadikanlah aku bapa yang soleh.

Jadikanlah isteriku isteri yang solehah. Yang menyejukkan mataku bilaku memandangnya.

Ya Allah, jadikanlah anakku anak yang soleh. Berikanlah kejayaan kepadanya dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat. Jadikanlah dia seorang pemimpin dikalangan orang yang bertakwa. Jadikanlah anakku ahli syurga ya Allah.

Ya Allah, bantulah aku dalam perniagaan yang aku jalankan. Berikanlah keuntungan yang besar kepadaku, mudah mudahan dengan keuntungan yang besar itu aku dapat mengeluarkan zakat yang banyak dan dapat membantu ummat Islam yang lain.

Ya Allah, Jauhilahh aku dari mala petaka atau bencana yang akan menimpa aku.




Dan bermacam macam doa lagi mengikut hajat saya pada waktu itu.

Solat Witir

Akhir sekali, saya akan melakukan Solat Sunat Witir. 1 Rakaat. Ia diakhiri dengan Sujud Syukur kerana Allah telah membantu saya dalam perjuangan malam ini.

Saya berdoa kepada Allah agar Allah terus memberi hidayah kepada saya untuk terus mengekalkan amalan ini. Sehingga saya dijemput kembali untuk bertemu dengan yang Maha Pencipta.

Semoga, perkongsian saya ini dapat memberi sedikit motivasi kepada anda.

Ayuh!!!

Ayuh. Marilah kita sama sama berebut untuk menjadi insan terpilih. Satu daripada seribu. Dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Ini seharusnya menjadi matlamat hidup kita semua. Dan kemuncaknya, berdoalah agar kita dapat bertemu dengan Allah. Ia adalah kemuncak bagi segala nikmat di syurga nanti.

Bila Nak Mula?

Jika anda bertanya kepada saya, bila anda perlu mulakannya.

Saya akan menjawab. Malam ini.

Mengapa? Saya sengaja menulis entri ini pada hari Jumaat. Saya tahu, esok kita semua akan bercuti. Maka, malam inilah malam yang terbaik untuk kita mulakan melakukan Qiamullail. Lakukan pada malam ini dan malam esok.

Andai kata kita mengantuk sekali pun, kita masih boleh tidur keesokan harinya pada waktu pagi.

Cuma jangan lepaskan peluang ini. Jika kita tak mampu lakukan hari ini, bila lagi kita nak lakukannya.

Jika kita mampu lakukan malam ini, ia akan memudahkan kita untuk mengejar Malam Lailatul Qadar nanti.

Percayalah, sekarang adalah masa yang terbaik untuk kita semua mulakannya.

Berdoalah, agar Allah beri hidayah dan kekuatan kepada kita untuk melakukannya. Lakukan semata mata kerana Allah. Semoga kita semakin hampir kepada Nya.

Wassalam

“Ya Allah. Ampunkan dosa ku jika terdetik perasaan riya’ dalam diriku semasa menulis entri ini. Jika ia berlaku, ia bukan kemahuanku. Ia berlaku atas kejahilanku. Ampunkan aku”

 

Sinopsis Doa

“Ya Allah, aku bersyukur pada Mu. Kau telah mengizinkan aku untuk bangun melakukan Qiamullail pada malam ini ketika mana orang lain sedang nyenyak tidur. Aku bersyukur pada Mu ya Allah. Ya Allah, aku bersyukur atas segala nikmat yang telah Kau berikan kepadaku. Jadikanlah aku hamba Mu yang bersyukur “

Ya Allah, ampunkanlah dosa ku, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku, dosa ahli keluarga ku, dosa nenek moyangku, dosa saudara mara ku dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat. 

Ya Allah, aku mohon pada Mu. Permudahkanlah aku untuk melakukan Qiamullail setiap malam. Gerakkanlah hatiku untuk melakukannya semata mata kerana Mu ya Allah. Permudahkanlah aku untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Dorongkanlah hati ku untuk rajin bersedekah. Dorongkanlah aku untuk melakukan solat sunat Dhuha setiap hari. 

Ya Allah, dorongkanlah hatiku dan hati ahli keluarga ku untuk melakukan amal ibadah yang boleh mendekatkan diri kami kepada Mu. Dorongkanlah hati kami untuk melakukan amal ibadah yang boleh membawa kami ke syurga Mu. Jauhkanlah kami daripada melakukan amalan amalan yang membawa kami ke neraka Mu. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga Mu dengan Rahmat Mu.

“Ya Allah, ampunkanlah dosa ku sekiranya aku ada melakukan syirik kepada Mu. Jika ia berlaku, ia bukan di atas kemahuanku, tetapi ia berlaku atas kejahilanku. Ampunkanlah dosa syirikku.”

“Ya Allah, ampunkanlah aku jika aku ada berlaku riya’ dalam amalan ku. Ampunkanlah aku jika ada perasaan ujub dalam diriku. Ampunkan lah dosa-dosa ku ini ya Allah”

Ya Allah, aku mohon pada Mu, ampunkanlah segala dosa yang pernah aku lakukan. Sama ada dosa itu kecil atau dosa itu besar. Dosa yang aku sengajakan, atau dosa yang tidak aku sengajakan. Dosa yang aku ketahui atau dosa yang tidak aku ketahui. Ampunkanlah segala dosa dosa ku ya Allah.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku, dosa ahli keluarga ku, dosa nenek moyang ku dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon kepada Mu, aku mohon petunjuk daripada Mu. Ya Allah, setiap hari dalam kehidupan ku, aku akan membuat keputusan. Aku akan membuat pilihan. Aku mohon kepada Mu, biarlah aku memilih untuk membuat keputusan yang betul. Keputusan yang terbaik untuk kehidupan ku pada masa kini dan masa akan datang dan untuk kehidupan ku di dunia dan diakhriat. 

Ya Allah, aku mahu Engkau bersamaku setiap kali aku membuat keputusan. Biarlah keputusan aku itu sebenarnya keputusan daripada Kau. Kau ilhamkanlah aku untuk membuat keputusan yang terbaik untuk hidup ku. Janganlah Kau biarkan aku tersalah dalam membuat keputusan yang boleh mendatangkan kemudaratan dalam hidupku.

Bantulah aku ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui.

Ya Allah, aku mohon kepada Mu permudahkanlah segala urusanku dalam kehidupanku di dunia dan di akhirat. 

Ya Allah, jadikanlah aku anak yang soleh. Jadikanlah aku suami yang soleh. Jadikanlah aku bapa yang soleh. Jadikanlah isteriku isteri yang solehah. Yang menyejukkan mataku bilaku memandangnya.

Ya Allah, jadikanlah anakku anak yang soleh. Berikanlah kejayaan kepadanya dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat. Jadikanlah dia seorang pemimpin dikalangan orang yang bertakwa. Jadikanlah anakku ahli syurga ya Allah.

Ya Allah, bantulah aku dalam perniagaan yang aku jalankan. Berikanlah keuntungan yang besar kepadaku, mudah mudahan dengan keuntungan yang besar itu aku dapat mengeluarkan zakat yang banyak dan dapat membantu ummat Islam yang lain.

Ya Allah, Jauhilahh aku dari mala petaka atau bencana yang akan menimpa aku.

“Ya Allah. Ampunkan dosa ku jika terdetik perasaan riya’ dalam diriku semasa menulis entri ini. Jika ia berlaku, ia bukan kemahuanku. Ia berlaku atas kejahilanku. Ampunkan aku”

About naziza

work in the dark to serve the light
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s