Kelebihan Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar

https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/20/kelebihan-dan-hikmat-ayat-seribu-dinar/

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitanrezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.

Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎

‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezalimandan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

 

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkatmenjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎

 

Pendapat Ulama’

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.

Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.

Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.

Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasamenentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.

.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 

– (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

 

Amalan

Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solatdan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaanbertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.

Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untukbertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.

Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.

Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.

 

Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar

‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

  1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
  2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
  4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
    1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
    2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
    3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.

Advertisements
Posted in Umum | Leave a comment

Bacaan Istighfar Yang Lengkap

Istighfar akan lebih bermakna jika kemudian diteruskan dengan bertaubat yakni tidak pernah kembali melakukan kejelekan yang pernah dilakukan tersebut. Dan inilah istighfar yang sesungguhnya yang akan menghasilkan buah kebaikan seperti yang telah dikemukakan dalam hadits dalam Sunan Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu  ‘Abbas ra :

Barangsiapa yang membiasakan istighfar, maka Allah menjadikan baginya, setiap kesulitan akan ada jalan keluarnya, setiap kebingungan akan diganti dengan kegembiraan serta akan mendapatkan rezeki yang tidak disangka-sangka.
 
 

Lalu bagaimana bacaan istighfar yang lengkap itu ? Ada beberapa macam bacaan istighfar berdasarkan ayat-ayat Al Quran dan hadits. Silahkan Anda pilih bacaan istighfar yang Anda mau.

رَبَّنَآ إِنَّنَآ ءَامَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa innanaa aamannaa faghfir lanaa dzunuubanaa waqinaa ‘adzaaban naar.
Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka.
(Ali Imran Ayat : 16)

للَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ
وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ
عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

“Allahumma anta robbii laa ilaaha illaa anta, kholaqtanii wa ana ‘abduka wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu. A’udzu bika min syarri maa shona’tu, abuu-u laka bini’matika ‘alayya, wa abuu-u bi dzanbii, faghfirlii fainnahuua laa yaghfirudz dzunuuba illa anta”

”Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sesembahan yang haq kecuali Engkau,Engkau yang menciptakanku, sedang aku adalah hamba-Mu dan aku diatas ikatan janji -Mu dan akan menjalankannya dengan semampuku, aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan yang telah aku perbuat, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu terhadap diriku dan aku mengakui dosaku pada-Mu, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni segala dosa kecuali Engkau”

(HR. Bukhari no. 6306)

اَسْتَغْفِرُاللهَ

Astaghfirullaah
 
Aku memohon ampunan kepada Allah.
(HR Muslim)

رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَتُبْ عَلَيَّ اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ

“Rabbighfirlii watub ‘alayya innaka antat tawwaabur rahiim”

“Wahai Rabbku, ampunilah aku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”(Sunan Abu Daud, Turmudzi, Ibnu Majah)

اَسْتَغْفِرُاللهَ الّذِيْ لاَ اِلَهَ اِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّوّمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ

Astaghfirullahal ladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuumu  wa atuubu ilaihi

Aku meminta pengampunan kepada Allah yang tidak ada tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri dan aku bertaubat kepadanya.
(Sunan Abu Daud, Turmudzi)
Posted in Umum | Leave a comment

TAWASSUL YANG DISYARIATKAN DAN YANG DILARANG

https://ustazfathulbari.wordpress.com/2013/12/28/tawassul-yang-disyariatkan-dan-yang-dilarang/

Bertawassul dengan orang soleh yang telah mati dilarang dalam Syariat Islam dan mestilah ditinggalkan

Tawassul berasal dari perkataan Arab ‘wasilah’ yang bermakna perantara. Tawassala-yatawassalu-tawassulan. Yakni menjadikan sesuatu sebagai perantara di dalam kita berdoa. Kita meminta daripada Allah semata-mata, tetapi kita meletakkan perantara di tengah.

Di sana ada tawassul yang masyru’ (syar’i) dan ada tawassul yang mamnu’ (dilarang). Disebabkan ‘doa adalah ibadah’ seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW dalam hadis sahih riwayat Al-Tirmizi, ia mestilah dilakukan dengan cara yang telah disyariatkan berpandukan dalil-dalil yang sahih sahaja.

TAWASSUL YANG DISYARIATKAN

Tawassul yang disyariatkan adalah berdalilkan hadis-hadis Nabi SAW tentang bagaimana Baginda mengajarkan kepada kita cara bertawassul. Ada tiga cara bertawassul yang disyariatkan dalam Islam;

Pertama, bertawassul dengan nama-nama Allah SWT. Ini berdalilkan firman Allah di dalam Al-Quran, “Dan Allah memiliki nama-nama yang indah, maka berdoalah kepadaNya dengan nama-nama-Nya tersebut.” (Al-A’raf: 180)

Contoh berdoa dengan menyebut nama Allah adalah kita memohon dengan menyebut Nama-Nama Allah yang berkaitan dengan permintaan, misalnya, “Ya Ghaffar, ighfirli (Wahai yang Maha Pengampun, ampunilah aku). Di situ kita menyeru Nama Allah. “Ya Razzaq (Wahai Yang Maha Pemberi Rezeki), kurniakanlah rezeki kepadaku”. “Ya Rahman Ya Rahim, irhamni (Wahai yang Maha Pemurah, wahai yang Maha Pengasih, rahmatilah aku)”.

Kita menyebut Nama-nama Allah dan menjadikan namaNya sebagai perantara untuk kita berdoa dan memohon daripadaNya. Itu salah satu kaedah tawassul yang syar’i.

Kedua, bertawassul dengan doa orang soleh yang masih hidup. Iaitu berjumpa dengan orang soleh, yang amal ibadatnya bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah, sama ada di kalangan ulama atau sesiapa sahaja orang soleh yang masih hidup, lalu kita meminta orang yang soleh itu berdoa kepada Allah untuk kita.

Hal ini berlaku dalam petunjuk Nabi SAW di mana para sahabat meminta agar Nabi berdoa ketika Baginda masih hidup. Adapun setelah kewafatan Nabi SAW, Umar Al-Khatthab radhiyallaahu’anhu bertemu dengan Abbas bin Abdul Muthalib, bapa saudara Nabi dan Umar menyatakan, “Dulu ketika Nabi masih hidup, kami bertawassul dengan Nabi. Sekarang apabila Nabi telah tiada, orang yang paling mulia di kalangan kami adalah kamu, wahai Abbas. Maka berdoalah untuk kami.” (lihat Sahih Bukhari)

Peristiwa ini terjadi ketika Madinah dilanda kemarau panjang. Umar meminta Abbas radhiyallaahu’anhu berdoa dan Abbas radhiyallaahu’anhu pun berdoa. Tidak lama setelah itu, Allah pun menurunkan hujan kepada mereka.

Lagi dalil bertawassul dengan doa orang yang soleh adalah kisah Uwais Al-Qarni. Nabi SAW tidak pernah berjumpa dengan Uwais dan Uwais pun tidak pernah bertemu Nabi SAW. Tetapi Nabi SAW menceritakan tentang keberadaan dan kewujudannya. Nabi menceritakan tentang ciri-cirinya kepada para sahabat, lalu menyuruh sahabat, sekiranya bertemu dengan Uwais, mintalah agar dia berdoa. Maka setiap tahun pada musim haji, para sahabat mencari Uwais bin Amir Al-Qarni melalui kabilah yang datang dari Yaman untuk mengerjakan haji.

Dari Usair bin Jabir dia berkata, Umar bin al-Khatthab jika datang serombongan dari Yaman akan berkata: ‘Adakah di antara kalian ada Uwais bin Amir’? (Demikian seterusnya) sampai datang Uwais. Umar bertanya: Adakah engkau Uwais bin Amir? Uwais menjawab: Ya. Umar bertanya: dari Murad, kemudian ke Qaran? Dia berkata: Ya. Umar bertanya: Adakah engkau dulu memiliki penyakit (seperti) kusta kemudian sembuh, kecuali sebesar dirham? Dia berkata: Ya. Umar bertanya: Apakah engkau memiliki ibu? Dia berkata: Ya. Umar berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallaahu’alaihiwasallam bersabda: “Akan datang kepada kalian Uwais bin Amir bersama sekumpulan penduduk Yaman dari Murad kemudian Qaran, dulu dia memiliki penyakit (seperti) kusta kemudian dia sembuh, kecuali sebesar dirham, dia memiliki ibu yang dia berbakti kepadanya. Kalau dia bersumpah atas nama Allah, nescaya Allah perkenankan. Jika kamu dapat meminta agar dia memohon ampunan untukmu, lakukanlah. Maka (wahai Uwais), mohonkanlah ampun untukku.” Kemudian Uwais memohonkan ampunan untuk Umar. (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain, Nabi memerintahkan kepada para sahabat secara umum: “Perintahkanlah dia beristighfar untuk kalian.” Dari Umar bin al-Khatthab beliau berkata, “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik tabi’in adalah seorang lelaki yang disebut Uwais, dia memiliki ibu dan dia memiliki tanda putih. Maka perintahkanlah dia agar beristighfar untuk kalian.” (riwayat Muslim)

Bertawassul dengan orang soleh yang masih hidup, itulah yang diajar oleh Nabi SAW. Dan cara bertawassul dengan orang saleh yang masih hidup adalah melalui doanya, bukan melalui jasadnya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rhm. menyatakan,

“Yang dimaksud tawassul dengan Nabi SAW dalam perkataan para sahabat radhiyallaahu’anhum adalah bertawasul dengan doa dan syafaat Nabi. Adapun tawasul dengan doa dan syafaat sebagaimana yang dilakukan Umar adalah bertawasul dengan doa, bukan bertawasul dengan zat Rasulullah SAW. Sekiranya ia adalah tawassul dengan zat Baginda, maka tentu bertawasul kepada Nabi SAW (setelah Baginda wafat) lebih utama daripada tawassul dengan ‘Abbas radhiyallaahu’anhu. Ketika mereka berpaling (meninggalkan) dari bertawasul dengan Rasulullah SAW, sebaliknya mereka bertawassul dengan ‘Abbas, maka dari sini kita ketahui bahawa bertawassul dengan Nabi SAW hanya berlaku ketika Baginda masih hidup dan terlarang setelah Baginda wafat.”

Ketiga, tawassul dengan amalan saleh yang pernah dikerjakan.

Iaitu bertawassul dengan amalan saleh yang pernah kita lakukan, bukan amalan soleh orang lain. Hadis yang selalu dijadikan dalil adalah hadis tiga orang lelaki yang terperangkap di dalam gua. Seorang berdoa kepada Allah dengan mengatakan bahawa dia telah taat kepada ibu bapanya, seorang lagi mengatakan dia hampir berzina tetapi dia tinggalkan zina kerana takutkan azab Allah, orang yang ketiga pula berdoa dengan menyebut bahawa dia orang yang amanah, memegang amanah yang diberikan kepadanya dan mengembalikan kepada pemiliknya. Maka dengan menyebut amalan soleh itu mereka berdoa kepada Allah agar dibukakan pintu gua yang tertutup.

Ketika orang pertama berdoa, batu yang menutupi gua itu terbuka sedikit, apabila orang kedua berdoa, batu itu terbuka lagi, sehinggalah cukup doa ketiga-tiga mereka, batu itu pun terbuka sehingga mereka dapat keluar daripadanya. (lihat Sahih Bukhari)

Ini menunjukkan keberkesanan bertawassul dengan amalan soleh, yakni menjadikan amalan soleh yang pernah kita kerjakan sebagai perantara di dalam doa kita. Kesan untuk dimakbulkan doa itu cepat, insyaAllah.

TAWASSUL YANG DILARANG

Hanya tiga cara tawassul yang disebutkan di atas sahaja adalah tawassul yang syar’i. Selain itu kesemuanya adalah tawassul yang dilarang. Ianya banyak, antaranya meminta daripada berhala, pokok, binatang, memuja atau menyebut keberkatan makhluk, keterlaluan meminta kepada makhluk sehingga lupa kepada Allah SWT, meminta daripada makhluk dan percaya bahawa makhluk tersebut mengabulkan permintaannya, dan tidak meminta kepada Allah.

Begitu juga bertawassul dengan orang yang telah mati, kebiasaannya kepada orang soleh atau para wali. Mereka menyeru orang yang telah mati, menyeru Nabi Muhammad SAW sedangkan baginda telah wafat. Hal ini telah dibincang panjang lebar oleh ahli ilmu.

Mereka yang menggunakan perantaraan yang batil ini berdalilkan peristiwa-peristiwa di mana kesemuanya adalah dari hadis-hadis dha’if (lemah dan tidak boleh dijadikan hujjah), bahkan dalil yang mereka gunakan tidak membawa pengertian bahawa Nabi SAW bertawassul dengan Nabi-nabi yang telah wafat sebelumnya. Tidak ada pendalilan dan penghujahannya.

 Para ulama telah menjelaskan hal ini, antaranya dalam sebuah kitab berkaitan tawassul yang berjudul ‘Al-Tawassul Baina Masyru’i wal Mamnu’ (Tawassul antara yang disyariatkan dan yang dilarang), ditulis oleh Syaikh Abdullah bin Abdul Hamid Al-Atsari.

Beliau membahaskan secara terperinci penghujahan dan bantahan terhadap orang-orang yang berhujah dengan mengatakan bolehnya bertawassul dengan orang yang telah mati dengan cara menyerunya. Contohnya, menyeru “Ya Syaikh fulan bin fulan, doakan untuk kami…” dan mereka ini mengharuskan bertawassul di tanah perkuburan orang soleh, atau menyeru di dalam majlis mereka, atau menyeru dari tempat-tempat yang lain. Itu antara cara yang mereka lakukan untuk bertawassul dengan orang mati termasuk dengan Nabi SAW.

Hal-hal seperti ini tidak pernah diamalkan oleh sahabat-sahabat Nabi berasaskan hadis-hadis dan riwayat-riwayat yang sahih dan jelas daripada mereka, seperti mana perbuatan Umar bin Al-Khatthab yang disebutkan tadi, di mana beliau tidak bertawassul kepada Nabi setelah kewafatan Baginda, sebaliknya dia mencari Abbas bin Abdul Muthalib. Malah dia sendiri membuat permisalan dan menyebut bahawa “Dulu ketika masih ada Nabi, kami bertawassul dengan Nabi (melalui doa Baginda), tetapi sekarang (apabila Nabi telah tiada), kami bertawassul dengan Abbas.”

Itu gambaran ringkas tentang tawassul. Maka dianjurkan untuk kita bertawassul dengan ketiga-tiga perkara yang disyariatkan dalam Agama, berdalilkan hadis-hadis yang sahih. Adapun selainnya adalah terlarang dan mestilah ditinggalkan. Wallahu a’lam.

Artikel ini disiarkan di akhbar pada Jumaat, 27.12.2013

Posted in Umum | Leave a comment

Malaysians must reduce sugar intake by 80%

SM Mohamed Idris, Consumer’s Association of Penang | 14 November 2014.bNovember 14 is World Diabetes Day. On this occasion, the Consumers Association of Penang calls on consumers to reduce their sugar intake by as much as 80% to curb diabetes which is increasing at an alarming rate in Malaysia.

We are the top country in ASEAN for having the highest number of diabetics and sixth in the Western Pacific region.

The prevalence rate of the disease in Malaysia had shot up alarmingly. It was 1-2% in 1960, 6.3% in 1985, 8.3% in 1996, 14.9 % in 2006 and in 2011 showed that 15.2% of Malaysian adults were diabetic. An alarming 3.6 million adults are estimated to be diabetics; this means that Malaysians had surpassed the World Health Organization’s forecast of 807,000 diabetics in 2025.

The high incidence of diabetes can be linked to our high consumption of sugar. Sugar makes us fat and obese people have a high risk of developing Type 2 diabetes.

Malaysians consume 26 teaspoons of sugar daily, making us the eighth highest sugar users in the world.

The World Health Organisation (WHO) in its campaign against obesity had recommended a sugar consumption limit of 5 teaspoons full daily.

For Malaysians to be healthy and achieve the WHO sugar consumption limit of 5 teaspoons full (tsp) daily, we will need to reduce our sugar intake by 80%, from the current level of 26 tsp to 5 tsp of sugar.

It is however NOT easy for Malaysians to reduce their consumption of sugar to the healthy level. We simply take too much processed foods which are overloaded with sugar. The sugar in processed foods is hidden from public awareness.

For example, each can of cola or other soft drink contains between 7-8 tsp of sugar which is 1.4-1.6X above the WHO limit of 5 tsp per day. The consumption of just a single can of soft drink would have broken the WHO daily sugar limit. What if you add the sugar consumed during the whole day?

More examples of hidden sugar in processed foods:
·         A bottle of soft drink has 12 tsp sugar (2.4X WHO limit);
·         Small chocolate bar has 6-9 tsp sugar (1.2-1.8X WHO limit);
·         Infant cereal (350gm) has 22.8 tsp sugar (4.6X WHO limit);
·         Children’s breakfast cereal (220gm) has 15.4 tsp sugar (3X WHO limit);
·         Cocoa malt drink (500gm) has 45.5 tsp or 40% sugar (9.1X WHO limit);
·         Malted milk drink (350gm) has 23.5 tsp sugar (4.7X WHO limit);
·         Bottle of isotonic drink has 4.5 tsp sugar (0.9X WHO limit).
As it  can be seen from the above examples, a lot of sugar is added to processed foods for taste and also as a preservative. It is beyond the control of consumers as to how much sugar is added to processed foods. The best thing to do is to avoid processed foods to reduce our sugar intake.

It is not necessary to have even an ounce of sugar in the diet as the carbohydrates we consume ultimately breaks down into glucose. Excessive sugar in our body is converted to glycogen which when unused is converted to fat.

According to Professor John Yudkin, author of Pure, White and Deadly, “All human nutritional needs can be met without a single spoon of sugar, white or brown, on its own or in any other food”.

Diabetes does not only take  a toll on the country’s resources, but also on the  limbs (amputation), eyesight (blindness), kidney (failure), heart (failure) and nerve (damage) of its sufferers.

Diabetes is a chronic disease that can be prevented and for those affected, diabetes can be managed to delay or prevent its complications by maintaining a healthy lifestyle and making better choices in their diet.

In view of the alarming rate of diabetes among Malaysians urgent action needs to be taken to curb our national sugar consumption

The Consumers Association of Penang urges the authorities to:

  1. Ban the use of High Fructose Corn Syrup (HFCS), a cheap and unhealthy substitute for refined sugar, in food products.
    Require manufacturers to avoid or reduce sugar in their products.
  2. Amend labelling laws to make manufacturers change their labels to clearly indicate the amount of sugar in their food by showing the number of teaspoon full of sugar in their foods.
  3. Stop the advertisements of high-sugared and other junk food and drinks during children’s television viewing hours.
  4. Ban the sale of junk food in school canteens and food hawking within a fixed perimeter around schools so that schoolchildren are not tempted to purchase unhealthy food.
  5. Initiate the removal of vending machines dispensing junk food and sugary drinks from areas such as hospitals, airports and schools. Instead provide drinking water in water dispensers at these places.
  6. Launch a massive campaign in the mass media to educate the public on the dangers of diabetes.

· Make it compulsory  or food manufacturers  to place warning labels  on products that contain sugar.

· Consumers should reduce their sugar consumption by avoiding processed foods  especially soft drinks – which are also called “liquid candy” in the West.

Posted in Health | Leave a comment

Zikir Harian

7x

3x

Posted in Zikir | Leave a comment

Vi Editor

vi Editor Commands


http://www.cs.rit.edu/~cslab/vi.html
http://www.lagmonster.org/docs/vi.html
http://www.howtogeek.com/102468/a-beginners-guide-to-editing-text-files-with-vi/
https://www.ccsf.edu/Pub/Fac/vi.html

General Startup To use vi: vi filename
To exit vi and save changes: ZZ or :wq
To exit vi without saving changes: :q!
To enter vi command mode: [esc]

Counts A number preceding any vi command tells vi to repeat that command that many times.

Cursor Movement h move left (backspace) j move down k move up l move right (spacebar) [return] move to the beginning of the next line $ last column on the current line 0 move cursor to the first column on the current line ^ move cursor to first nonblank column on the current line w move to the beginning of the next word or punctuation mark W move past the next space b move to the beginning of the previous word or punctuation mark B move to the beginning of the previous word, ignores punctuation e end of next word or punctuation mark E end of next word, ignoring punctuation H move cursor to the top of the screen M move cursor to the middle of the screen L move cursor to the bottom of the screen

Screen Movement G move to the last line in the file xG move to line x z+ move current line to top of screen z move current line to the middle of screen z- move current line to the bottom of screen ^F move forward one screen ^B move backward one line ^D move forward one half screen ^U move backward one half screen ^R redraw screen ( does not work with VT100 type terminals ) ^L redraw screen ( does not work with Televideo terminals )

Inserting r replace character under cursor with next character typed R keep replacing character until [esc] is hit i insert before cursor a append after cursor A append at end of line O open line above cursor and enter append mode

Deleting x delete character under cursor dd delete line under cursor dw delete word under cursor db delete word before cursor

Copying Code yy (yank)’copies’ line which may then be put by the p(put) command. Precede with a count for multiple lines.

Put Command brings back previous deletion or yank of lines, words, or characters P bring back before cursor p bring back after cursor

Find Commands ? finds a word going backwards / finds a word going forwards f finds a character on the line under the cursor going forward F finds a character on the line under the cursor going backwards t find a character on the current line going forward and stop one character before it T find a character on the current line going backward and stop one character before it ; repeat last f, F, t, T

Miscellaneous Commands . repeat last command u undoes last command issued U undoes all commands on one line xp deletes first character and inserts after second (swap) J join current line with the next line ^G display current line number % if at one parenthesis, will jump to its mate mx mark current line with character x ‘x find line marked with character x NOTE: Marks are internal and not written to the file.

Line Editor Mode Any commands form the line editor ex can be issued upon entering line mode. To enter: type ‘:’ To exit: press[return] or [esc]

ex Commands For a complete list consult the UNIX Programmer’s Manual

READING FILES copies (reads) filename after cursor in file currently editing :r filename

WRITE FILE :w saves the current file without quitting

MOVING :# move to line # :$ move to last line of file

SHELL ESCAPE executes ‘cmd’ as a shell command. :!’cmd’

Posted in vi editor | Leave a comment

Zentyal 3.3 On Ubuntu 12.04 Installation

https://wiki.zentyal.org/wiki/Installation_Guide
http://blogging.dragon.org.uk/installing-and-configuring-zentyal-3-3-on-ubuntu-12-04-lts/
http://blogging.dragon.org.uk/installing-and-configuring-zentyal-3-3-on-ubuntu-12-04-lts-part-2/
http://blogging.dragon.org.uk/installing-and-configuring-zentyal-3-3-on-ubuntu-12-04-lts-part-3/

edit dan tambah file /etc/apt/sources.list sebagai super user dengan dua baris terbawah seperti di imej berikut

–> gambar <–

sudo vi /etc/apt/sources.list

jalankan arahan seperti di https://wiki.zentyal.org/wiki/Installation_Guide

Posted in Linux, Zentyal | Leave a comment